Jumaat, 25 Disember 2015

PENGENALAN

Protokol dalam pengurusan majlis adalah sesuatu perkara yang sangat penting. Ianya perlu dikendalikan oleh orang yang berpengetahuan dan mahir. Pengurusan majlis yang sempurna dan berjalan dengan baik akan menaikkan imej dan martabat sesebuah organisasi dimata masyarakat, jabatan, negara dan dunia serta dapat membina ikatan silaturrahim dan memupuk budaya kerja yang seronok. 

Dengan kemahiran dan tenaga kerja yang ada, pihak kami bersedia memberikan perkhidmatan perundingan, pengurusan majlis, penganjuran kursus, bekalan, cenderamata eksklusif dan lain-lain lagi. Pihak kami juga memberikan perkhidmatan kursus yang melibatkan tajuk-tajuk kenegaraan, sejarah malaysia dan sahsiah diri untuk menjadikan insan yang lebih patriotik dan bergerak menuju ke hadapan berpegang kepada konsep tauhid.

Perunding kami yang profesional dan sangat berpegalaman dalam bidang masing-masing juga bersedia membantu kepada individu-individu, jabatan-jabatan kerajaan, pelajar-pelajar universiti, pelajar-pelajar sekolah, syarikat swasta, kolompok komuniti dan lain-lain organisasi yang memerlukan khidmat kami dalam bentuk seperti dinyatakan di atas. 

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang berurusan dengan kami dan pihak kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Berpegang dengan moto we trust, we care” diharap dapat membantu dan memberikan perkhidmatan dan ilmu seiring dengan pembangunan negara dan secara tidak langsung dapat berkhidmat untuk negara dalam merialisasikan wawasan 2020 ke arah negara maju. 

Terima kasih.


Norashid Hassan
COO/Partners


--